Ahad, Januari 3

Pengeluar & Pembekal Makanan Melayu - Ikan Kering

Pengeluar dan Pembekal pelbagai jenis Ikan Kering, Pekasam, Belacan, Asam Keping dan pelbagai jenis sayur kampung. Ikan Kering yang di usahakan sebelum ini secara tradisional dan kini di keluarkan secara kormersial. Pelbagai jenis ikan yang di proses di jadikan ikan kering, antaranya ialah haruan, sepat dan lain-lain ikan air tawar. Bagi ikan air masin, ikan kedera belanak, gelama, duri, pedukang, kembung, tenggiri, kurau, talang dan lain-lain. Bagi memenuhi permintaan pengguna, terdapat 3 perasa ikan di keluarkan iaitu tawar, masam dan masin.
Menyedari permintaan yang tinggi ikan kering yang rasanya MASAM, 2 jenis ikan di keluarkan dengan rasa MASAM iaitu BELANAK dan GELAMA. Ini juga bagi memenuhi permintaan pengguna yang tidak boleh makan ikan yang terlalu masin. Juga terdapat ikan yang dikeluarkan dengan kadar penggunaan garam yang minima.
PEKASAM antara yang mendapat permintaan yang tinggi dan di keluarakan pada skala tinggi, 1 - 5 metrik tan sebulan. Terdapat pelbagai jenis ikan yang dijadikan PEKASAM, Loma, Lampam, Teroboi, Patin, Tongsan, Sepat, Puyu, Sebarau, Talapia, keli dan ikan air masin kembung, belanak, sadin dan lain-lain.
Juga terdapat pelbagai produk yang di keluarkan di kampung, asam keping dan pelbagai jenis ulam ulaman. Petai, Jering, Lengkuas, Kunyit, Serai dan pelbagai lagi.